Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Amar Sim Kui Hian berucap pada Majlis Pemilihan Jawatankuasa Baharu Pemuda SUPP di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Pemuda SUPP perlu kekal bersatu

KUCHING, 6 Dis: Sayap Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) perlu bersatu dalam melaksanakan setiap inisiatif parti bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di wilayah ini.

Presiden SUPP Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, ia penting untuk memastikan kelestarian parti pada masa hadapan selain membantu dalam memajukan Sarawak.

“Dalam pembangunan modal insan, kita perlukan keseimbangan dan kerjasama semua pihak. Ini kerana kita berada di landasan tepat yang dibina sejak 60 tahun lalu dan ia bukanlah perkara mudah untuk dicapai.

“Kita perlu pastikan generasi baharu yang akan menerajui parti ini kelak lebih ke hadapan dan memastikan parti ini lebih cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemilihan Jawatankuasa Baharu Pemuda SUPP di Kuching pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Pemuda SUPP Datuk Michael Tiang Ming Tee pula berharap kepimpinan baharu sayap pemuda SUPP terus mengekalkan perpaduan dalam parti bagi memperkasa golongan belia.

“Harapan utama saya adalah barisan kepimpinan sayap Pemuda SUPP mengekalkan perpaduan, membimbing dan membentuk pemuda di dalam parti.

“Perpaduan perlu sentiasa ada memandangkan SUPP merupakan sebuah parti yang meraikan kepelbagaian kaum,” ujarnya.

Pada masa sama menurutnya, kepimpinan Pemuda SUPP juga perlu peka sejarah parti dan Sarawak agar dapat mendidik generasi baharu.

Lebih 300 ahli sayap Pemuda SUPP menghadiri Majlis Pemilihan Jawatankuasa Baharu Pemuda SUPP yang di adakan di Lot 10 Boutique Hotel.

Hadir sama Naib Presiden SUPP Dato Sri Lee Kim Shin.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan