Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa ekonomi dan kewangan tertinggi Korea Selatan pada Jumaat memaklumkan bahawa pasaran kewangan dan pertukaran asing negara itu "semakin stabil" selepas kejadian pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat awal minggu ini. Foto Envato

Pasaran Korea Selatan ‘semakin stabil’ selepas insiden undang-undang tentera

ByBernama

SEOUL, 6 Dis: Pihak berkuasa ekonomi dan kewangan tertinggi Korea Selatan pada Jumaat memaklumkan bahawa pasaran kewangan dan pertukaran asing negara itu “semakin stabil” selepas kejadian pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat awal minggu ini.

Penilaian itu dibuat dalam mesyuarat tergempar bagi menilai potensi kesan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Presiden Yoon Suk Yeol pada Selasa, yang kemudiannya dibatalkan dalam tempoh beberapa jam oleh Dewan Negara, lapor Agensi Berita Yonhap.

Mesyuarat pada Jumaat itu dihadiri oleh Menteri Kewangan Choi Sang-mok, gabenor Bank of Korea serta ketua Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan dan Perkhidmatan Penyeliaan Kewangan.

“Pasaran kewangan dan pertukaran asing secara keseluruhan menunjukkan trend stabil, disokong oleh langkah penstabilan pasaran oleh kerajaan,” menurut kementerian kewangan memetik kenyataan mesyuarat.

Berdasarkan kes lepas, kesan faktor politik atau bukan ekonomi lazimnya bersifat sementara dan terhad, menurut kementerian.

Bagaimanapun, Choi berkata kerajaan akan terus mengekalkan pasukan tindak balas pemantauan 24 jam yang ditubuhkan susulan kekacauan akibat undang-undang itu dengan mengambil kira ketidaktentuan yang masih berterusan daripada faktor tempatan dan luaran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan