Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ntara jenis lembu yang biasa dibekalkannya termasuk lembu Bali, Brahman dan lembu kampung. Foto hiasan Envato

Laos, Thailand jalin kerjasama bangunkan rantaian pengeluaran lembu industri

ByBernama

VIENTIANE, 6 Dis: Laos dan Thailand menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan rantaian pengeluaran lembu industri menandakan langkah penting ke arah memajukan industri pengeluaran lembu di kedua-dua negara, lapor Xinhua.

MoU itu bertujuan untuk memodenkan pengeluaran pertanian dengan mengubah pembiakan lembu menjadi rantaian pengeluaran sistematik yang sejajar dengan piawaian antarabangsa, lapor Radio Nasional Laos pada Jumaat.

Kerjasama itu bertujuan untuk meningkatkan penternakan lembu ke tahap industri, menjadikannya komoditi yang berdaya saing dan memenuhi piawaian eksport antarabangsa.

Di bawah perjanjian itu, lembu berkualiti tinggi dan lembu muda akan diimport untuk penggemukan, manakala petani tempatan akan digalak untuk menanam tanaman makanan ternakan bagi menyokong rantaian bekalan.

Inisiatif itu juga merangkumi pelan untuk mewujudkan pusat pembiakan lembu yang moden dan mesra alam, mengembangkan baka lembu untuk memenuhi permintaan pasaran, serta mewujudkan rangkaian ladang pembiakan lembu di Laos dan Thailand. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan