Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri William Mawan Ikom menyampaikan sijil lantikan kepada seorang ketua masyarakat pada Majlis Penyerahan Sijil Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Pejabat Daerah Pakan, hari ini. Foto TVS

KMKK digesa proaktif sampaikan dasar kerajaan di peringkat akar umbi

PAKAN, 6 Dis: Ketua masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) digesa proaktif turun padang untuk menyampaikan dasar kerajaan di peringkat akar umbi bagi memastikan hubungan antara kerajaan dan rakyat sentiasa kukuh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom berkata, pemimpin masyarakat seperti penghulu, ketua kampung, tuai rumah atau pemimpin persatuan mempunyai peranan besar sebagai penghubung antara kerajaan dan komuniti setempat.

Katanya, langkah proaktif itu dapat memastikan maklumat yang tepat mengenai dasar kerajaan disampaikan terus kepada rakyat.

“Ini berupaya mengurangkan salah faham dan memupuk kefahaman yang lebih mendalam terhadap polisi yang diperkenalkan kerajaan,” katanya pada Majlis Penyerahan Sijil Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di sini hari ini.

Beliau berkata, selain itu, ketua masyarakat juga boleh mendapatkan maklum balas daripada rakyat untuk disalurkan kembali kepada kerajaan.

Hal itu katanya, berupaya membantu memastikan polisi yang dilaksanakan relevan dan memenuhi keperluan pelbagai lapisan rakyat.

“Peranan aktif ketua masyarakat juga boleh meningkatkan tahap kepercayaan rakyat terhadap kerajaan kerana ia menunjukkan bahawa kerajaan mendengar dan peka terhadap isu-isu yang dihadapi di peringkat akar umbi.

“Pada masa yang sama, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga harus aktif menjalankan aktiviti bagi meningkatkan kesefahaman serta perhubungan di rumah panjang masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, seramai 26 tuai rumah, enam penghulu, dua kapitan dan seorang pemanca menerima sijil pelantikan semula manakala 13 tuai rumah menerima sijil pelantikan baharu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan