Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. Foto fail Bernama

Kerajaan belanja RM1.02 bilion baik pulih, bina rumah baharu dalam tempoh dua tahun – Nga

ByBernama

PUTRAJAYA, 6 Dis: Kerajaan telah membaik pulih dan membina baharu 34,470 unit rumah dalam tempoh dua tahun dengan jumlah peruntukan RM1.02 bilion, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Beliau berkata daripada jumlah itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membaik pulih 4,814 unit rumah dan membina 245 unit rumah baharu dengan jumlah peruntukan RM104.4 juta.

Menurut Nga, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah melaksanakan baik pulih bagi 23,458 unit rumah dan bina baharu 5,953 unit rumah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM920.4 juta sejak tahun lepas.

“Ini menunjukkan komitmen kerajaan MADANI dalam meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya untuk golongan miskin dan miskin tegar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata KPKT melalui PLANMalaysia telah mengambil tindakan proaktif untuk memperkasakan komuniti desa melalui Sistem Ciri-Ciri Spatial Desa Malaysia (S-CHARMs) dengan sejumlah 19,474 maklumat sempadan dan profil kampung dicerap.

Nga berkata S-CHARMs diintegrasikan dengan Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional di bawah seliaan KKDW untuk meningkatkan aktiviti perancangan dan pembangunan dalam penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur di kawasan kampung.

“S-CHARMs mampu mempercepatkan pelaksanaan projek kemudahan dan infrastruktur asas serta membolehkan perancangan pembangunan kawasan desa berpandukan data sebenar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan