Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Foto fail Bernama

KDN bekerjama dengan pelbagai agensi pulihkan fahaman pengikut GISBH – Saifuddin Nasution

ByBernama

TUMPAT, 6 Dis: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menyelaras usaha memulihkan fahaman pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), agar mereka tidak kembali kepada fahaman yang telah difatwakan sebagai sesat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata arahan penyelarasan berkenaan telah diberi dan ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada KDN dan ia mesti dilaksanakan secara berterusan dan bukan bermusim.

Beliau berkata Perdana Menteri juga meminta PDRM untuk mengekang sebarang unsur yang boleh mendedahkan pengikut-pengikut GISBH kepada fahaman sesat itu.

“Ini kerana kami mengesan pengikut-pengikut GISBH kembali kepada fahaman lama itu bukan melalui kitab-kitab, sebaliknya secara dalam talian,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat, di sini, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) juga bekerjasama bagi memantau kegiatan mereka secara dalam talian.

Sementara itu, mengulas mengenai status anak-anak yang dikaitkan dengan pengikut fahaman GISBH sama ada telah dituntut atau sebaliknya, Saifuddin Nasution berkata kebanyakan anak-anak berkenaan telah dituntut.

Beliau berkata dalam mesyuarat sebelum ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri juga telah melaporkan jumlah anak-anak yang diselamatkan sebelum ini telah dipulangkan kembali kepada penjaga atau ibu bapa mereka.

“Selain itu, PDRM juga telah membuka kertas siasatan dan sejumlah pendakwaan telah dibuat,” katanya.

Semalam, Nancy memaklumkan seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal dikaitkan dengan GISBH masih belum dituntut ibu bapa mereka.

Sejak Op Global fasa pertama bermula pada awal September lepas, sejumlah 415 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan manakala 625 mangsa berusia dua bulan hingga 28 tahun berjaya diselamatkan pihak polis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan