Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu Red Bull dari Belanda itu meraih gelaran dunia keempat berturut-turut dua minggu lepas di Las Vegas. Foto fail AFP

Juara dunia F1 Verstappen bakal menjadi bapa untuk kali pertama

ByBernama

ABU DHABI, 6 Dis: Juara Dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen, bakal menjadi bapa buat kali pertama selepas mengumumkan pada Jumaat bahawa pasangannya, Kelly Piquet, hamil, lapor agensi berita Jerman (dpa).

“Mini Verstappen-Piquet dalam perjalanan. Kami tidak dapat lebih bahagia dengan keajaiban kecil kami,” kata Verstappen di Instagram.

Piquet merupakan anak perempuan bekas pemandu F1 Brazil, Nelson Piquet. Beliau dan Verstappen telah menjadi pasangan sejak 2020, dan Piquet mempunyai seorang anak perempuan daripada hubungan terdahulu dengan bekas pemandu F1 Rusia, Daniil Kvyat.

Pengumuman Verstappen dibuat semasa Grand Prix Abu Dhabi yang menandakan berakhirnya musim F1. Pemandu Red Bull dari Belanda itu meraih gelaran dunia keempat berturut-turut dua minggu lepas di Las Vegas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan