Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama delegasi dari Sarawak ketika mengadakan perjumpaan dengan syarikat di China yang menunjukkan minat melabur dalam tenaga boleh diperbaharui di Sarawak di Shanghai, semalam. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

China Energy berminat melabur dalam projek tenaga boleh diperbaharui di Sarawak

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 6 Dis: China Energy Investment Group, sebuah syarikat milik kerajaan China, sedang berminat untuk melabur dalam projek tenaga boleh diperbaharui di Sarawak.

Hasrat ini disampaikan secara peribadi oleh pengerusi kumpulan syarikat itu kepada delegasi Sarawak yang diketuai Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam satu pertemuan di Shanghai semalam.

Kenyataan dikeluarkan Pejabat Timbalan Premier Sarawak hari ini berkata syarikat tersebut menyatakan minat untuk menyertai peluang sedia ada dalam projek solar terapung di Sarawak dengan kapasiti optimum sebanyak 2GW.

“Selain itu, China Energy juga mungkin meneroka pelaburan dalam bidang seperti pengurusan sisa kepada tenaga dan loji rawatan air yang dalam bidang kepakaran mereka.

“Dengan ketersediaan sumber biojisim dan keupayaan menghasilkan hidrogen hijau, Sarawak berada dalam kedudukan yang baik untuk menerima pelaburan dalam bidang ini dengan kapasiti sasaran sebanyak 200,000 tan metanol hijau untuk kilang yang dicadangkan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyatan itu,  Awang Tengah menyambut baik minat China Energy Investment Group untuk melabur kerana ia selaras dengan matlamat Sarawak untuk mencapai kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

Selain tenaga konvensional dan tenaga boleh diperbaharui sedia ada seperti kuasa angin dan solar, syarikat ini juga menjadi perintis dalam sumber tenaga masa depan seperti hidrogen hijau dan metanol hijau.

Kini, mereka sedang membina loji hidrogen hijau dan ammonia terbesar di China, yang dijangka beroperasi pada tahun 2026, didorong oleh keupayaan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang kukuh.

“Untuk menyokong strategi tenaga hijau Sarawak, syarikat ini turut mencadangkan penubuhan sebuah pusat tenaga boleh diperbaharui yang akan menyediakan pembangunan kemahiran dan latihan untuk meningkatkan bakat tempatan dalam sektor yang pesat berkembang ini,” kata kenyataan itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan