Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui media selepas menunaikan Solat Jumaat di Surau Al-Manar, Jalan P14, Presint 14 hari ini. Foto Bernama

BNM masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung premium insurans perubatan – PM Anwar

ByBernama

PUTRAJAYA, 6 Dis: Bank Negara Malaysia (BNM) masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan kenaikan kadar premium insurans perubatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setakat ini, proses masih dirunding semula,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Manar, Presint 14 di sini hari ini.

Sebelum ini, bank pusat menggesa penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) supaya menyemak semula strategi penentuan harga bagi memastikan pelaksanaan yang lebih wajar.

Menurut BNM, langkah ini termasuk menguruskan kenaikan premium dan sumbangan secara berterusan dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi serta peserta takaful.

Media tempatan baru-baru ini melaporkan bahawa premium insurans perubatan dijangka meningkat sebanyak 40 hingga 70 peratus tahun depan menyebabkan sebilangan pemegang polisi terpaksa mempertimbangkan untuk menamatkan polisi mereka akibat kos premium bulanan yang semakin tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan