Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter melanda luar pantai California pada Khamis ditarik balik, menurut pihak berkuasa. Foto Envato

Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa 7.0 pada skala richter landa pantai California

ByBernama

WASHINGTON, 6 Dis: Amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter melanda luar pantai California pada Khamis ditarik balik, menurut pihak berkuasa.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berlaku lebih 60 batu di barat daya Ferndale, Humboldt County, manakala pusat gempa terletak 45 batu di barat daya Eureka, lapor Agensi Anadolu.

Amaran itu kemudiannya ditarik balik oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS), dengan memaklumkan di laman sesawangnya: “Tiada Amaran, Nasihat, Pemantauan atau Ancaman Tsunami.”

Amaran tsunami sebelum ini melibatkan negeri California dan Oregon.

Penduduk di kawasan pantai utara California dan sebahagian Lembah Tengah mendakwa merasai gegaran, namun tiada laporan mengenai kerosakan setakat ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan