Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Kemboja untuk menghadiri Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) ke-20. Foto Jazni Hanif (TVS)

Abang Johari tiba di Kemboja, hadiri Majlis Perhimpunan Agung RISEAP ke-20

ByLuqman Muhammad

PHNOM PENH, 6 DIS: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Kemboja untuk menghadiri Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) ke-20 yang akan diadakan di Sokha Phnom Penh Hotel & Residence pada Sabtu.

Kehadiran Abang Johari yang juga Presiden RISESP mencerminkan komitmen Sarawak dalam mendukung usaha dakwah Islam di peringkat serantau.

Perhimpunan Agung RISEAP menjadi platform penting bagi membincangkan isu berkaitan dakwah Islam dan memperkukuh hubungan antara negara anggota dari Asia Tenggara dan Pasifik.

Acara ini turut menjadi peluang untuk memperkenalkan pendekatan harmoni yang diterapkan di Sarawak dalam menguruskan kepelbagaian agama dan budaya selaras dengan semangat perpaduan serantau.

Ia menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara Sarawak dan masyarakat Islam di rantau Asia Pasifik.

Selain menghadiri majlis perasmian, Abang Johari dijangka menyertai perbincangan strategik dengan pemimpin Kerajaan Kemboja yang bagi membuka peluang kerjasama selain mengukuhkan hubungan diplomatik dan ekonomi yang sedia terjalin antara Malaysia dan Kemboja.

Ketibaan Premier Sarawak disambut oleh Duta Malaysia ke Kemboja Shaharudinn Onn.

Turut hadir Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha dan Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan