Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan Anugerah Kepimpinan Teladan RISEAP kepada H.E Vann Math dari Kemboja. Foto Jazni Hanif (TVS)

Abang Johari sampaikan Anugerah Kepimpinan Teladan RISEAP kepada empat penerima

ByLuqman Muhammad

PHNOM PENH, 6 Dis: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan Anugerah Kepimpinan Teladan kepada empat penerima yang telah lama menabur bakti dan memberikan sumbangan besar kepada Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP).

Anugerah yang disampaikan Abang Johari yang juga Presiden RISEAP itu diadakan bersempena majlis makan malam RISEAP di sini, malam ini.

Pengiktirafan ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada para penerima atas dedikasi dan komitmen mereka dalam memajukan visi dan misi RISEAP sebagai platform dakwah Islamiah serantau.

Empat penerima tersebut ialah ialah Atty. Abdul Rahman R.T Linzag dari Filipina, H.E Vann Math (Kemboja), Sarawoot Sriwannayos (Thailand) dan Zubeda Raihman (New Zealand).

Abang Johari berharap dengan adanya penghargaan seumpama ini, usaha RISEAP dalam memajukan dakwah Islamiah dan memperkukuhkan hubungan di antara negara-negara anggota akan terus berkembang untuk manfaat umat Islam di Asia Tenggara dan Pasifik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan