Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg beramah mesra dengan para tetamu yang menghadiri majlis makan malam sempena Perhimpunan Agung RISEAP ke-20 di Phnom Penh, malam ini. Foto Jazni Hanif (TVS)

Abang Johari hadiri majlis makan malam Perhimpunan Agung RISEAP ke-20 di Phnom Penh

ByLuqman Muhammad

PHNOM PENH, 6 Dis: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri majlis makan malam sempena Perhimpunan Agung Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) ke-20 di sini, malam ini.

Pada majlis itu, Abang Johari yang juga Presiden RISEAP disertai para pemimpin Islam dari pelbagai negara di rantau Asia Tenggara dan Pasifik.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg diiringi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Foto Jazni Hanif (TVS)

Majlis ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan serta kerjasama antara negara-negara anggota dalam memajukan agenda dakwah Islamiah dan kesejahteraan umat Islam serantau.

Majlis tersebut juga diserikan dengan persembahan budaya yang menggambarkan keunikan tradisi masyarakat Kemboja, memperkenalkan warisan tempatan kepada delegasi luar negara.

RISEAP yang ditubuhkan pada 1980 berperanan sebagai platform penting untuk memperkukuhkan solidariti umat Islam di Asia Tenggara dan Pasifik.

Acara berkenaan bukan sahaja meraikan kejayaan RISEAP selama lebih empat dekad, tetapi juga membuktikan komitmen Sarawak dalam menyokong agenda perpaduan dan pembangunan umat Islam di peringkat antarabangsa.

Turut hadir, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha dan Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan