Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kira-kira 10,092 ayam rentung di Jalan Matang Batu 8, Kuching, awal pagi tadi. Foto JBPM

10,092 ayam rentung, reban terbakar

KUCHING, 6 Dis: Kira-kira 10,092 ayam rentung dalam kebakaran sebuah reban di Jalan Matang Batu 8 di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Mohd Nizam Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 3.42 pagi dengan menggerakkan 19 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dibantu BBP Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan satu blok reban ayam yang terbakar keseluruhan.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran 400 kaki dua nozel air dari jentera dan satuvaliran 100 kaki 1 nozel manakala, BBP Batu Lintang menggunakan satu aliran 200 kaki dua nozel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesukaran semasa operasi pemadaman disebabkan tiada pili bomba dan sumber air terbuka berhampiran menyebabkan pasukan bomba terpaksa berulang-alik mengambil air dari pili terdekat dalam jarak satu kilometer dari lokasi kejadian.

“Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 10.53 pagi,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan