Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: AFP

Vietnam perketat pemantauan kesihatan susulan 4 kematian berkaitan influenza

ByBernama

HANOI, 5 Dis: Kementerian Kesihatan Vietnam mengarahkan wilayah Binh Dinh di selatan negara itu untuk mengawal jangkitan silang di kemudahan kesihatan selepas wilayah itu melaporkan empat kematian akibat influenza A/H1N1pdm, lapor Xinhua pada Khamis memetik media tempatan.

Keempat-empat kematian melibatkan pesakit berusia 50 tahun ke atas yang disahkan menghidap radang paru-paru teruk serta mempunyai pelbagai penyakit ketika dimasukkan ke hospital.

Doktor memaklumkan yang kematian akibat influenza A/H1N1pdm itu adalah terpencil tanpa sebarang kaitan epidemiologi yang dikenal pasti.

Menurut Jabatan Kesihatan wilayah, sehingga 26 Nov, wilayah itu melaporkan 842 kes influenza.

Daripada jumlah itu, 26 kes disahkan menghidap radang paru-paru teruk yang disyaki berpunca daripada jangkitan virus.

Ujian makmal mengesan 10 kes positif influenza A/H1N1pdm, satu kes positif influenza B, sembilan kes negatif dan enam kes masih menunggu keputusan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan