Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente. Foto fail FAM

Vicente mahu ‘keluar’ bergaya

ByBernama

PETALING JAYA, 5 Dis: Ketua jurulatih pasukan bola sepak negara Pau Marti Vicente mahu mengakhiri perjalannya bersama skuad Harimau Malaya dengan kecemerlangan menjelang saingan Kejohanan ASEAN 2024 yang bermula bulan ini.

Pengendali dari Sepanyol berusia 41 tahun itu yang akan melepaskan jawatannya selepas kempen saingan itu berakhir, berkata menjuarai kejohanan dwitahunan itu menjadi impiannya dan para pemain.

Bagaimanapun, Vicente mengakui cabaran hebat menanti pasukannya yang dibarisi kombinasi pemain berpengalaman dan pemain muda.

“Ini satu impian, impian untuk semua rakyat Malaysia, juga untuk saya dan pemain. Kami tahu ia agak sukar, saya rasa tahun ini juga sukar untuk mendapatkan skuad, liga masih berlangsung, sukar untuk dapatkan kelab lepaskan pemain, tetapi kami faham kedudukan kelab, kerana mereka juga perlu bermain.

“Jadi, kami punyai pilihan yang terhad, tetapi pada masa sama kami mahu layak sejauh mungkin, kami amat bersemangat, saya rasa pemain juga amat bersemangat. Kami mempunyai skuad campuran bersama pemain yang berpengalaman dalam perlawanan dan kejohanan besar dan juga pemain muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kem latihan pusat skuad Harimau Malaya menjelang Kejohanan ASEAN 2024 di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya di sini, hari ini.

Terdahulu, menerusi kenyataan dikeluarkan FAM hari ini Vicente yang menjuarai Pestabol Merdeka 2024 September lepas, memaklumkan Kejohanan ASEAN 2024 akan menjadi tugasan terakhirnya sebagai ketua jurulatih pasukan negara.

Vicente sebelum ini merupakan penolong kepada bekas Ketua Jurulatih Kim Pan Gon, sebelum diangkat sebagai pengendali susulan peletakan jawatan mengejut Pan Gon, Julai lepas.

Sementara itu, Vicente memaklumkan pemain pertahanan Declan Lambert dan penjaga gol Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi akan menyertai pasukan selepas aksi pembukaan Kumpulan A menentang Kemboja di Phnom Penh, Ahad ini.

Pasukan negara kemudian akan bertemu Timor-Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Dis sebelum berdepan juara bertahan Thailand di Bangkok (14 Dis) dan menutup saingan kumpulan menentang Singapura di Stadium Nasional pada 20 Dis.

Sebagai rekod, pada 2010 Malaysia muncul juara kejohanan ASEAN yang dahulunya dikenali sebagai Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan