Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tujuh cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Simpang Kampung Terasi, Asajaya, hari ini. Foto JBPM

Tujuh cedera kemalangan dua kenderaan di Asajaya

ASAJAYA, 5 Dis: Tujuh cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Simpang Kampung Terasi di sini, hari ini.

Komander Operasi, Zaidel Zailani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.55 tengah hari dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan kenderaan, Nissan Almera yang dinaiki dua mangsa dan Proton Persona dinaiki lima mangsa.

“Enam mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke hospital berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seorang mangsa pemandu kereta Nissan Almera tersepit di dalam kereta.

“Pihak bomba terus menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang masih tersepit dalam kenderaan Nissan Almera menggunakan peralatan khas.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak perubatan untuk dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan