Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerjasama yang dimeterai menerusi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) baru-baru ini disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Sarawak percepat matlamat karbon sifar bersih menerusi kerjasama dengan China

ByOdleen Catherny

BEIJING, 5 Dis: InvestSarawak menjalinkan kerjasama dengan China Smart Energy Industry Alliance (CSEIA) dan Architectural Design & Research Institute of Tsinghua University Corporation Limited (THAD) dalam memacu cita-cita Sarawak menjadi kluster karbon sifar bersih pertama di rantau ini.

Kerjasama yang dimeterai menerusi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) baru-baru ini disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, di sini baru-baru ini.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) dalam kenyataan memaklumkan kerjasama strategik itu bertujuan meningkatkan komitmen Sarawak dalam strategi keberkecualian karbon.

“Selain itu, perkongsian antara Sarawak dan China ini berupaya memupuk inovasi dan kerjasama dalam penyelesaian tenaga hijau termasuk pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui, pemindahan teknologi terkini dan pembangunan modal insan,” menurut kenyataan itu.

Perjanjian kerjasama itu menggariskan rangka kerja yang komprehensif untuk membangunkan beberapa bidang utama antaranya taman industri karbon-neutral, projek bandar hijau, projek tenaga boleh diperbaharui dan penubuhan Institut Penyelidikan Industri Neutral Karbon di Sarawak.

“Di bawah MoU berkenaan, kedua-dua pihak akan terlibat dalam pertukaran teknikal rentas sempadan, sidang kemuncak industri dan projek kerjasama yang memanfaatkan teknologi termaju China.

“Gabungan kerjasama ini memaparkan peranan Sarawak yang semakin berkembang sebagai hab pelaburan dan inovasi mampan sekali gus merapatkan pasaran terkemuka Asia,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan