Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kim Yong-hyun meletak jawatan sebagai Menteri Pertahanan Korea Selatan. Foto fail AFP

Presiden Yoon terima peletakan jawatan Menteri Pertahanan

ByBernama

SEOUL, 5 Dis: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menerima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun, menurut Pejabat Presiden pada Khamis susulan kontroversi berhubung peranannya dalam pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon yang kemudiannya dibatalkan.

Menurut agensi berita Yonhap, Kim yang mencadangkan pengisytiharan undang-undang tentera kepada Presiden, menawarkan untuk meletak jawatan pada Rabu selepas Yoon secara mengejut mengisytiharkan undang-undang tentera pada Selasa malam. Yoon kemudiannya menarik balik perintah itu beberapa jam kemudian susulan keputusan Perhimpunan Kebangsaan untuk membatalkannya.

Ketua Turus Presiden Chung Jin-suk, dalam satu sidang media berkata Yoon telah mencalonkan Choi Byung-huk, bekas jeneral Tentera Darat yang kini berkhidmat sebagai duta Korea Selatan ke Arab Saudi untuk menggantikan Kim.

Chung memperkenalkan Choi sebagai seorang profesional tentera berpengalaman dengan pemahaman mendalam mengenai keselamatan negara serta pengalaman lapangan yang luas.

Calon itu dianggap sesuai untuk “memenuhi tanggungjawab teras ketenteraan, termasuk mengekalkan kesiapsiagaan kukuh berdasarkan pakatan Korea Selatan-AS yang teguh,” kata Chung.

Di Korea Selatan, semua menteri perlu melalui proses pengesahan parlimen, tetapi hanya pelantikan perdana menteri memerlukan kelulusan parlimen.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan