Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penjenayah maut selepas berbalas tembak dengan polis dalam satu kejadian di Inanam di sini kira-kira pukul 2.30 pagi tadi. Foto hiasan Envato

Polis tembak mati seorang penjenayah di Inanam

ByBernama

KOTA KINABALU, 5 Dis: Seorang penjenayah maut selepas berbalas tembak dengan polis dalam satu kejadian di Inanam di sini kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah Datuk Azmi Abdul Rahim berkata suspek lelaki berusia 59 tahun itu dipercayai rakan kepada tiga penjenayah yang ditembak mati oleh polis di Penampang pada malam Selasa lepas.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis menyerbu bilik di sebuah bangunan (di Inanam). Suspek melepaskan tembakan, menyebabkan pasukan serbuan bertindak membalas tembakan bagi melindungi diri serta nyawa anggota polis.

“Suspek disahkan mati di tempat kejadian. Dengan tumpasnya empat suspek ini kami percaya kegiatan kumpulan ini telah dibanteras sepenuhnya,” katanya kepada media di sini hari ini.

Azmi berkata suspek bersama tiga rakannya juga dipercayai terlibat dalam beberapa kes jenayah, termasuk kes bunuh di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan