Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor beruang matahari jantan dalam satu operasi di Kampung Kubang Ikan. Foto Jabatan Perhilitan

Perhilitan Terengganu tangkap beruang matahari jantan sesat masuk kampung

ByBernama

JERTIH, 5 Dis: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor beruang matahari jantan dalam satu operasi di Kampung Kubang Ikan di sini semalam.

Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata beruang matahari itu dipercayai adalah haiwan yang sama dilihat berkeliaran di sekitar kampung berkenaan, yang tular di laman sosial sebelum ini.

“Tujuh anggota Perhilitan terlibat dalam operasi yang bermula pukul 9 pagi, dan beruang berkenaan berjaya ditangkap menggunakan kaedah tembak pelali kira-kira pukul 2 petang.

“Sebelum ini Perhilitan Terengganu mendapat aduan mengenai kehadiran beruang di Kampung Gong Badang (di sini), namun tidak lama kemudian beruang yang sama dilaporkan berada di Kampung Kubang Ikan pula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata haiwan seberat 120 kilogram yang dipercayai tersesat dari kawasan hutan simpan berdekatan itu akan dilepaskan kembali ke habitat asalnya di hutan simpan yang sesuai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan