Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan Perarakan Krismas Bau 2023. Foto Micklong Bridal Studio.

Perarakan Krismas Bau 2024 erat semangat persaudaraan

ByOdleen Catherny

KUCHING, 4 Dis: Perarakan Krismas Bau 2024 kembali lagi pada tahun ini dengan mengekalkan konsep gabungan gereja-gereja di Daerah Bau iaitu Anglikan, Sidang Injil Borneo (SIB), Katolik dan Methodist.

Menurut pengerusi pengelolanya, Mark Jong Yhi Yang, perarakan pada kali ini membawa objektif mengeratkan semangat persaudaraan peserta terlibat.

“Perarakan dimulakan dari padang letak kereta Gereja Methodist Petra Bau dan singgah di lokasi pokok Krismas sebelum berakhir di Lobuh Bau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Setiap gereja akan menyediakan dua kereta berhias masing-masing untuk tujuan persembahan, jelasnya.

Perarakan pada kali ini katanya turut mendapat acara tambahan daripada Majlis Daerah Bau iaitu simbolik nyalaan lampu di pokok Krimas yang ditempatkan di pusat pasar Bau.

Perarakan tersebut bakal menghiasi bandar Bau pada 8 Disember ini bermula jam 6 petang hingga 9.30 malam.

Penganjur mengalu-alukan kehadiran semua bagi memeriahkan acara ini.

Maklumat lanjut boleh berhubung dengan Mark di nombor 010-2322969 atau jawatankuasa yang mewakili gereja Katolik, Dominic Retan di 012-8923412.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan