Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pau Marti Vicente mengejutkan arena bola sepak negara apabila mengesahkan tugasan terakhir beliau selaku ketua jurulatih skuad Harimau Malaya ialah pada kempen Piala ASEAN 2024 bermula 8 Dis hingga 5 Jan 2025. Foto FAM (FB)

Pau Marti ucap selamat tinggal selepas Piala ASEAN 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Pau Marti Vicente mengejutkan arena bola sepak negara apabila mengesahkan tugasan terakhir beliau selaku ketua jurulatih skuad Harimau Malaya ialah pada kempen Piala ASEAN 2024 bermula 8 Dis hingga 5 Jan 2025.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan rasmi di Facebooknya hari ini memaklumkan bahawa keputusan berkenaan, dibuat susulan perbincangan bersama badan induk itu berkaitan penstrukturan semula pengurusan pasukan kebangsaan.

Pau Marti turut memaklumkan ia adalah sebahagian daripada penstrukturan dan FAM akan melantik ketua jurulatih serta barisan kejurulatihan baharu bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan bermula tahun depan.

“Berikutan itu, saya dan barisan kejurulatihan akan menamatkan perkhidmatan kami bersama skuad Harimau Malaya pada akhir kempen Piala ASEAN.

“Adalah satu yang menyeronokkan untuk meneruskan perjalanan ini bersama-sama, kerana kami telah mengharungi tiga tahun yang menakjubkan di Malaysia, dipenuhi dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

Pau Marti menegaskan pasukan kebangsaan akan terus berjuang untuk mempertahankan maruah Malaysia, dan berharap pemain terutamanya prospek muda dapat menikmati kejohanan ini serta merasai suasana luar biasa di Bukit Jalil, bersama penyokong setia.

“Mendapat sokongan penonton akan menjadi penghargaan terbesar kepada kami. Saya memberi jaminan bahawa penyokong akan menikmati aksi pasukan pada kejohanan terakhir kami ini.

“Marilah kita bersama-sama dan berikan yang terbaik untuk pasukan ini,” katanya.

Pau Marti dilantik secara rasmi mengendalikan skuad kebangsaan pada Ogos lepas bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan jurulatih dari Korea Selatan Kim Pan Gon.

Pada kempen Piala ASEAN 2024, Malaysia akan bersaing dalam Kumpulan A bersama juara bertahan Thailand, Singapura, Kemboja dan Timor-Leste, manakala Kumpulan B menampilkan naib juara edisi terdahulu, Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar dan Laos.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan ke pusingan separuh akhir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan