Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 1,245 kes penyakit berjangkit dikesan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Terengganu pada musim banjir kali ini. Foto hiasan Envato

Lebih 1,000 kes jangkitan penyakit dikesan di PPS seluruh Terengganu

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 5 Dis: Sebanyak 1,245 kes penyakit berjangkit dikesan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Terengganu pada musim banjir kali ini, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKNT) Datuk Dr Kasemani Embong.

Beliau berkata kes tertinggi adalah melibatkan jangkitan saluran pernafasan iaitu sebanyak 969 kes diikuti penyakit kulit 166 kes.

“Kes lain termasuk jangkitan demam iaitu sebanyak 63 kes manakala keradangan perut dan usus 47 kes. Selain itu ada beberapa kes membabitkan keradangan mata.

“Tetapi kita bernasib baik kerana tiada sebarang jangkitan penyakit serius yang boleh menyebabkan wabak,” katanya ketika dihubungi.

Justeru, Dr Kasemani meminta orang ramai terutama yang tinggal di kawasan banjir dan PPS supaya mempraktikkan amalan kebersihan dan keselamatan bagi mengelak jangkitan penyakit.

“Mangsa yang berada di kawasan banjir terdedah kepada penyakit berjangkit seperti cirit-birit, jangkitan bakteria Escherichia Coli atau E-coli serta leptospirosis (penyakit kencing tikus),” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan