Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah PSDKP Pung Nugroho Saksono ketika mendedahkan kes penangkapan ikan secara haram di perairan Indonesia di Jeti Pelabuhan Belawan, Medan, Sumatera Utara. Foto TVS

Indonesia, Malaysia tingkat kerjasama bendung penangkapan ikan secara haram

MEDAN, 5 Dis: Agensi Pengawasan Kelautan dan Perikanan Indonesia (PSDKP) akan meningkatkan kerjasama di perairan sempadan dengan Malaysia bagi mengekang penangkapan ikan secara haram.

Ketua Pengarah PSDKP Pung Nugroho Saksono berkata, kerjasama sedia ada Operasi Malindo perlu dipertingkatkan berikutan pencerobohan sempadan untuk menangkap ikan yang terus berlaku.

“Kita perlu berkolaborasi untuk membendung kegiatan pencerobohan dan penangkapan ikan haram di kedua-dua negara, saya difahamkan pihak Malaysia juga mahukan perkara yang sama dalam menangani masalah ini,” katanya di Jeti Pelabuhan Belawan, Medan, Sumatera Utara.

Beliau berkata, sepanjang tahun 2024, sebanyak 30 bot nelayan Malaysia ditahan pihaknya kerana beroperasi di perairan Indonesia.

Dalam tindakan penguatkuasaan di perairan, PSDKP sering berkoordinasi dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum menahan kapal nelayan Malaysia.

Penahanan tiga bot berbendera Malaysia baru-baru ini merupakan komitmen Indonesia untuk menjaga sumber lautnya kerana didapati tiga bot berkenaan beroperasi menggunakan peralatan menangkap ikan secara haram iaitu pukat tunda tanpa dilengkapi dokumen permit sah dari Indonesia.

Ketiga-tiga kapal itu disita dan seluruh anak kapal akan disiasat untuk prosiding undang-undang selanjutnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan