Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat wanita ditahan pada Rabu selepas disyaki menyamun seutas rantai leher seorang wanita warga emas pada 28 Nov lepas. Foto hiasan Envato

Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Empat wanita ditahan pada Rabu selepas disyaki menyamun seutas rantai leher seorang wanita warga emas pada 28 Nov lepas.

Ketua Polis Serdang ACP A. A Anbalagan berkata keempat-empat wanita berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Semangat PJS 13 di sini.

Beliau berkata semasa kejadian, mangsa yang berusia 69 tahun berada di hadapan rumahnya di Seri Kembangan sebelum didatangi sebuah kereta bernombor pendaftaran palsu WXY 5795.

“Seterusnya keluar tiga wanita yang tidak dikenali dari kereta itu dan memberitahu mangsa satu pinjaman serta bantuan khas untuk mangsa. Suspek telah mengajak mangsa ke pejabat mereka di South City Plaza, Serdang Perdana.

“Setelah sampai, apabila mangsa turun dari kereta seorang daripada suspek telah menarik rantai leher yang dipakai mangsa sebelum bertindak melarikan diri,” katanya dalam kenyataan semalam.

Anbalagan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk segera tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohamad Syafiq Mohd Nasir di talian 03-80742222.

Sebelum ini, tular di media sosial satu video berdurasi 1.03 minit berkenaan tangkapan empat wanita terbabit oleh sepasukan polis di persimpangan lampu isyarat tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan