KUALA LUMPUR, 5 Dis: Op Taring Wawasan yang dilaksanakan oleh pasukan keselamatan di sempadan Malaysia- Thailand menyaksikan rampasan pelbagai barangan bernilai RM337.99 juta.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, jumlah rampasan itu membabitkan sebanyak 3,397 operasi yang dilaksanakan sepanjang 2023 hingga 30 November lepas.
Kata beliau, sebanyak 4,610 tangkapan juga telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
“Antara kes yang terlibat termasuk penyeludupan dadah, rokok, alkohol, pendatang asing tanpa izin (PATI) dan penyelewengan diesel dan petrol,” katanya pada Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawapan Lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Perikatan Nasional – Kota Bharu) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan dalam menangani isu keselamatan sempadan Malaysia – Thailand khususnya bagi membanteras kegiatan pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah, senjata api dan barang bersubsidi melalui sempadan
Dewan Rakyat: 23,957 pelajar di seluruh negara terjejas banjir
Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata operasi itu dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja.
“Berdasarkan statistik berkaitan penyeludupan migran dan PATI pula, sejak 2021 hingga November tahun ini, sebanyak 523 kes direkodkan dengan melibatkan 1,091 tangkapan,” katanya.
Dewan Rakyat: Kenyataan berbaur kebencian di media sosial punca perpecahan
Beliau turut memaklumkan sidang dewan, kerajaan sedang menaik taraf pos kawalan keselamatan membabitkan pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara dan Brided Tengah.
“Sebanyak 49 pos PGA di Perlis, Kedah dan Kelantan sedang dinaik taraf, ” katanya. -TVS.