KUALA LUMPUR, 5 Dis: Kurikulum Persekolahan 2027 termasuk mata pelajaran Sejarah yang akan diguna pakai mulai tahun 2027 bagi tahun satu dan tingkatan satu sedang dalam peringkat pembangunan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, proses semakan kurikulum Sejarah melibatkan kajian terperinci terhadap kurikulum sedia ada dan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pengamal pendidikan, penyelidik dan masyarakat umum.
“Kedua-dua ini terdiri dalam kalangan pensyarah universiti awam (UA) yang telah dikenal pasti mempunyai kredibiliti serta kepakaran mengenai kandungan mata pelajaran tersebut.
“Mereka dilantik setelah melalui proses tapisan keselamatan yang ketat,” katanya pada Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Kah Woh menjawab soalan Nurul Amin Hamid (Perikatan Nasional -Padang Terap) yang ingin tahu sama ada terdapat perancangan daripada kementerian untuk menggubal silibus subjek Sejarah Malaysia berikutan terdapat dapatan dan fakta-fakta baharu.
Dewan Rakyat: Projek tebatan banjir dilaksana secara berperingkat, ikut keutamaan – TPM Fadillah
Dalam pada itu, menjawab sama ada KPM akan memasukkan penggubalan fakta sejarah dalam buku teks tingkatan empat, Kah Woh berkata penggubalan kurikulum dilakukan secara keseluruhan dengan dimulakan pada tahun satu dan ke peringkat sekolah menengah.
“Pihak KPM dalam menentukan atau muktamadkan kurikulum atau buku teks kita berpandukan kepada pandangan panel pakar kurikulum sejarah dan buku teks sejarah KPM.
Dewan Rakyat: Projek tebatan banjir dilaksana secara berperingkat, ikut keutamaan – TPM Fadillah
“Sejumlah 14 orang panel pakar terlibat dalam panel pakar rujuk ini dan kesemua mereka mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing,” ujarnya. – TVS