Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Aaron Ago Dagang menjawab pertanyaan berkaitan Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Kenyataan berbaur kebencian di media sosial punca perpecahan

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Kenyataan berbaur kebencian di media sosial dikenal pasti mempunyai impak yang signifikan terhadap hubungan antara etnik dan agama dalam masyarakat di negara ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, menerusi satu kajian bersama antara kementeriannya dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati kenyataan berbaur kebencian yang tersebar di media sosial cenderung memperkukuh stereotaip negatif, meningkatkan prasangka dan menyebabkan perpecahan antara kumpulan etnik dan agama.

“Kementerian sememangnya tidak menafikan terdapat pelbagai cabaran dalam mengurus perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.

“Kami akan terus mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan keharmonian rakyat dengan mewujudkan pelbagai tapak integrasi dan mengurangkan jurang perbezaan,” katanya pada Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan William Leong Jee Keen (Pakatan Harapan-Selayang) yang ingin tahu berkenaan langkah yang diambil oleh Kementerian Perpaduan Negara bagi memupuk keharmonian antara komuniti agama dan cabaran yang dihadapi bagi merealisasikan hasrat itu.

Mengulas lanjut, Aaron Ago berkata, dalam usaha memupuk keharmonian antara komuniti dan agama, beberapa inisiatif telah diwujudkan iaitu penubuhan Jawatankuasa Keharmonian antara Penganut Agama (HARMONI), pelancaran inisiatif Harmoni MADANI, mewujudkan Mediator Komuniti (MK) dan pemantauan isu-isu yang boleh menggugat perpaduan melalui Sistem e-SEPAKAT.

“KPN juga sentiasa terbuka untuk mengadakan sesi dialog dan perbincangan bersama badan-badan penganut agama.

“Saya sendiri telah berjumpa dengan wakil daripada Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao, Sabah Unity in Diversity Community Partners (SUIDCP), Penang Harmony Corporation-HARMONICO dan Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan