Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka mengambil pendekatan berbeza bagi menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand tahun depan dengan menghantar pasukan yang disifatkan Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Go sebagai ‘agak kuat’.

“Kita akan mendefinisikan ‘agak kuat’ itu kemudian. Sebelum ini (hantar pemain muda) namun saya rasa jawapan kepada soalan itu agak mudah sebab tahun depan tidak banyak kejohanan besar.

“Yang ada hanya Sukan SEA dan sasaran utama kita ialah Piala Sudirman dan Kejohanan Dunia di Paris. Dalam mesyuarat tadi kami bincang perancangan tahun depan sehingga Sukan Olimpik 2028,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.

Kenny berkata meskipun belum menetapkan senarai pemain atau membincangkan secara terperinci sasaran pingat pada temasya dwitahunan itu, pihaknya sudah mempunyai kriteria khusus dalam proses pemilihan pemain.

Beliau bagaimanapun memaklumkan pemenang pingat emas Sukan SEA seperti beregu lelaki utama negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tidak akan disenaraikan.

Selain itu, Kenny berkata BAM tidak hanya membincangkan aspek psikologi tetapi juga peranan Institut Sukan Negara dalam memberikan sokongan dari sudut sains sukan pada mesyuarat hari ini.

Beliau berkata BAM setakat ini berpuas hati dengan peruntukan yang diberikan MSN namun mengakui masih terdapat beberapa perkara yang perlu dibincangkan lebih lanjut.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas adalah pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam manakala pada edisi 2023 di Phnom Penh, kem negara hanya berjaya membawa pulang dua pingat perak serta empat gangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan