KUCHING, 5 Dis: Seramai 137 penerima menerima pingat dan darjah kebesaran negeri Sarawak daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di sini, hari ini.
Istiadat dimulakan dengan pengurniaan Pingat Jasa Keberanian Pingat Perwira Negeri (P.P.N.) – (Gangsa) yang didahului oleh Adni Iri, Benjamin Gersit Jais, Bong Chun Kui dan empat penerima lain.
Seterusnya, istiadat diteruskan dengan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.) yang dikurniakan oleh empat penerima, Chban @ Henry Chuban Jamban, James Batang Lang, Jagah @ Subeng Mula dan Patrick Sibon.
Istiadat diteruskan dengan Pengurniaan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.) antaranya Komander Sudin Wa, Supritendan Ernest John, Profesor Dr Mohd Azlan Jayasilan Abdul Gulam Azad dan 10 penerima lain.
Sementara itu, 23 penerima dikurnia Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.) antaranya Supritendan Samima Mustafa, Chai Lee Chin dan Dr Sharifah Fatimah Wan Jamel
Selain itu, istiadat juga mengurniakan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.) kepada 16 penerima diikuti Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K.) kepada 17 penerima, seterusnya Pingat Perkhidmatan Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T.) kepada 32 penerima dan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.) kepada 25 penerima.
Istiadat pengurniaan hari ini juga disaksikan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali – TVS