Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga penjenayah bersenjata api mati ditembak dalam satu insiden berbalas tembak dengan polis di Beverly Hill dalam kejadian 9.13 malam tadi. Foto hiasan Bernama

Tiga penjenayah mati ditembak di Penampang

ByBernama

PENAMPANG, 4 Dis: Tiga penjenayah bersenjata api mati ditembak dalam satu insiden berbalas tembak dengan polis di Beverly Hill dalam kejadian 9.13 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Azmi Abdul Rahim berkata ketiga-tiga suspek lelaki itu dipercayai terbabit dalam beberapa aktiviti jenayah termasuk kes bunuh.

“Bertindak atas maklumat sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menyerbu sebuah rumah di sebuah apartment di tingkat satu.

“Ketika serbuan dibuat, berlaku berbalas tembakan antara ketiga-tiga suspek dengan pasukan serbuan. Pasukan serbuan berjaya menembak mati ketiga-tiga penjenayah terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azmi berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan siasatan awal mendapati ketiga-tiga penjenayah ini dipercayai terbabit dengan beberapa kes jenayah termasuk kes bunuh di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan