Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Hamidin Mohd Amin pada sidang media di Wisma FAM di sini, hari ini. Foto Afiq (TVS)

TERKINI: Hamidin tinggalkan FAM, sahkan tidak pertahan jawatan presiden

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya pada pemilihan Kongres FAM yang dijadual berlangsung pada awal tahun depan.

Menurut Hamidin, keputusan itu diambil bagi memberi ruang kepada kepimpinan baharu untuk menerajui badan induk itu dan membawa lebih banyak kejayaan selepas ini.

“Saya akan menyokong sesiapa yang menjadi presiden. Saya mahukan bola sepak negara maju daripada sekarang.

“Saya yakin presiden baharu dan exco akan dapat buat lebih untuk FAM. Gabungan ada masa untuk fikir siapa yang layak, saya nak berlaku adil kepada mereka,” katanya pada sidang media di Wisma FAM di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hamidin menegaskan pengundurannya selepas hampir tujuh tahun menerajui FAM dibuat tanpa desakan mana-mana pihak termasuk penyokong Harimau Malaya.

“Layak Piala Asia selepas 42 tahun, rangking pasukan negara pada 132, perubahan dalam bola sepak wanita dan juga penambahbaikan infrstruktur FAM hanya akan tinggal sejarah, tetapi apa yang penting ialah kesinambungan daripada pengurusan baharu,” ujarnya.

Dalam pada itu, menjawab soalan pemberita mengenai khabar angin perebutan jawatan penting dalam FAM pada kongres itu melibatkan individu terkenal dalam Persatuan Bola Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Hamidin berkata ia merupakan perkara biasa dalam pemilihan.

“Saya berpendapat dalam pemilihan mungkin ada kempen dan pandangan berbeza, tapi harap mereka akan berkerjasama semula selepas ia berakhir. Serahkan kepada gabungan untuk pilih, mereka ada hak,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai struktur baharu FAM, Hamidin berkata ia sedang dalam peringkat perbincangan akhir dan akan mengumumkannya dalam masa terdekat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan