Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pembukaan Jejantas Pejalan Kaki di Tudan, Miri di sini hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

SK Tudan kini dilengkapi jejantas pejalan kaki mesra OKU

BySalasiah Safian

MIRI, 4 Dis: Jejantas pejalan kaki bernilai lebih RM7 juta di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Tudan dilengkapi lampu dan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) kini siap sepenuhnya, kata Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin.

“Ini adalah satu projek telah lama diminta oleh guru besar pihak sekolah di sini iaitu sebab jalan ini adalah sangat sibuk, jalannya ada empat lorong di sini, jalan besar.

“Jadi untuk keselamatan para pelajar di sini jadi mereka minta satu jejantas, jalan kaki dibina di sini dan ini ialah satu permintaan diminta lima tahun dahulu. Dan hari ini pun telah siap. Kos nya mengikut JKR adalah lebih RM7 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pembukaan Jejantas Pejalan Kaki di Tudan, Miri di sini hari ini.

Justeru beliau menasihatkan para pelajar serta ibu bapa untuk menggunakan jejantas tersebut sebaiknya.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan kebimbangan mengenai masalah vandalisme yang kerap kali berlaku di kawasan tersebut.

“Ada juga, malam ada mat rempit juga di sini dan juga Guru Besar telah membuat laporan polis. Pagi ini dia beritahu sudah lebih 20 kali buat laporan polis. Jadi saya akan menyampaikan masalah vandalisme yang lagi serius di sini kepada pihak polis, Ketua Polis Daerah sendiri dan kita harap tindakan akan dapat diambil untuk menyelesaikan masalah ini.

“Khasnya mereka yang menggunakan jejantas, motosikal yang menggunakan jejantas yang bahayanya. Terima kasih JKR dan kontraktor kerana dapat siapkan projek ini mengikut masa yang ditetapkan,” ujarnya lagi.

Pembinaan Jejantas Pejalan Kaki (Jambatan Atas Pejalan Kaki) di Tudan, Miri bermula pada 4 November 2022 yang pada mulanya dijadualkan siap pada 3 Mei 2024 dengan tempoh 18 bulan.

Namun, setelah dua lanjutan masa diberikan dan projek ini telah siap pada 10 Oktober 2024 serta telah beroperasi secara rasmi untuk manfaat masyarakat sekitar.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan