Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa mengadakan lawatan ke Beijing, China pada Selasa.

Sarawak perkukuh aspirasi tenaga boleh diperbaharui melalui pelaburan USD 1.5 bilion

ByLuqman Muhammad

BEIJING, 4 Dis: Sarawak mengambil langkah ke hadapan dalam aspirasinya untuk tenaga boleh diperbaharui dengan pengumuman eksplorasi pelaburan bernilai USD 1.5 bilion.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, inisiatif ini membuktikan komitmen Sarawak untuk menjadi peneraju serantau dalam pembangunan tenaga mampan, selari dengan usaha global menangani perubahan iklim.

“Kerjasama ini mencerminkan dedikasi kita untuk memajukan agenda tenaga boleh diperbaharui Sarawak serta menarik pelaburan global bagi menyokong pembangunan mampan,” kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) dalam kenyataan selepas delegasi Sarawak mengadakan lawatan ke Beijing, China pada Selasa.

Delegasi yang diketuai oleh Awang Tengah itu telah bertemu dengan wakil-wakil CRE International Co.Limited yang diketuai Pengerusi Zhang Yan bertujuan untuk merealisasikan aspirasi tenaga boleh diperbaharui Sarawak.

“Eksplorasi projek tenaga solar dan hidro di Sarawak adalah selaras dengan matlamat tenaga hijau wilayah itu,” kata kenyataan itu lagi.

Dalam lawatan ke ibu pejabat CRE International, delegasi Sarawak turut dibawa ke pusat kawalan, di mana sistem kawalan dan pemantauan canggih dipamerkan.

Sistem ini digunakan untuk projek tenaga di 31 wilayah di China, termasuk teknologi yang diterapkan dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem tenaga mereka (China).

Kerjasama ini juga melibatkan integrasi sistem penyimpanan tenaga canggih untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kecekapan infrastruktur tenaga boleh diperbaharui di Sarawak.

Dalam pada itu Pengerusi Zhang Yan pula mengesahkan komitmen CRE International dengan menyatakan kerjasama dengan Sarawak membuka peluang untuk menggabungkan kepakaran global dengan potensi tempatan.

“Mewujudkan penyelesaian inovatif untuk pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui,” kata Zhang merusi kenyataan yang sama.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Penasihat MINTRED, Dato Seri Naroden Majais, Setiausaha Tetap MINTRED, Dzulkarnain Masron, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Awang Zamhari Awang Mahmod, Ketua Pegawai Eksekutif INVEST Sarawak Timothy Ong dan Ketua Pegawai Eksekutif Recoda Datuk Ismawi Ismuni. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan