LIMBANG, 4 Dis: Para peniaga di Tamu Limbang hari ini dengan kemunculan seekor biawak seberat kira-kira tujuh kilogram di sini.
Biawak terbabit didapati memasuki kawasan bangunan itu dan berada di bawah meja berjaja peniaga.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata laporan mengenai kejadian itu diterima pihaknya jam 10.42 pagi dan sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi untuk kes menangkap hidupan liar.
“Sebaik tiba di lokasi, peniaga memaklumkan biawak berkenaan menyorok di bawah meja.
“Biawak itu kemudiannya berjaya ditangkap dengan kaedah menjerut dan tiada sebarang kecederaan berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bonnie berkata operasi menangkap biawak berkenaan mengambil masa kurang 10 minit dan operasi selesai jam 11.04 pagi.-TVS.