Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mengumumkan undang-undang tentera yang diumumkannya sebelum ini akan ditarik balik selepas menerima keputusan sebulat suara usul penarikan itu daripada parlimen. Foto AFP

Korea Selatan bakal tarik balik undang-undang tentera

SEOUL, 4 Dis: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol mengumumkan undang-undang tentera yang diumumkannya sebelum ini akan ditarik balik selepas menerima keputusan sebulat suara usul penarikan itu daripada parlimen.

Keputusan parlimen itu secara rasminya memadam usaha Yoon Suk Yeol yang mendakwa pihak pembangkang bersimpati dengan Korea Utara dan menyifatkan mereka sebagai pasukan anti-negara.

“Kami telah menarik balik angkatan tentera yang sebelum ini ditugaskan untuk kerja-kerja darurat tentera sebentar tadi kerana parlimen telah menuntut agar darurat tentera ditamatkan.

“Mesyuarat kabinet akan segera menerima tuntutan parlimen dan menamatkan darurat tentera,” katanya dalam satu siaran media di Seoul, Korea Selatan awal pagi tadi.

Terdahulu, 190 dari 300 ahli parlimen hadir dalam sesi itu dan kesemuanya menyokong usul untuk menamatkan undang-undang tentera.

Menurut pejabat speaker parlimen dengan kelulusan usul itu, pengisytiharan undang-undang tentera kini terbatal.

Dalam satu pengumuman mengejut menerusi siaran langsung televisyen pada lewat Selasa malam, Yoon Suk Yeol mengisytiharkan undang-undang tentera dengan menuduh pembangkang melumpuhkan kerajaan melalui “aktiviti anti-negara dan merancang pemberontakan.”

Yoon berkata, keputusan untuk mengisytiharkan undang-undang tentera itu bertujuan untuk “membina semula dan melindungi” negara yang didakwanya sedang menghadapi cabaran besar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan