Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jenazah Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jemoreng pada jam 8.45 malam tadi. Foto ATM

Jenazah Lans Koperal Mohd Afandi selamat dikebumikan di kampung halaman

KUCHING, 4 Dis: Jenazah Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jemoreng pada jam 8.45 malam tadi.

Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan berkata, terdahulu jenazah mangsa dibawa keluar dari lokasi operasi dengan pesawat udara pada Isnin, jam 12.41 tengah hari dan telah dibawa ke Hospital Taiping untuk proses bedah Siasat.

Solat Jenazah telah dilaksanakan di Surau Sallehuddin Al-Ayubi, 23 RAMD semalam, jam 2.15 petang dan seterusnya telah diterbangkan dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh pada jam 3.45 petang dengan pesawat C130 TUDM.

Jenazah telah sampai di Lapangan Terbang Sibu pada 6.25 petang dan seterusnya diterbangkan dengan pesawat EC725 TUDM ke Kampung Jamerong yang merupakan kampung kelahirannya.

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dan seluruh warga TDM turut berdukacita di atas kehilangan seorang warganya dan menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan semoga mereka tabah dengan kehilangan ini.

“Semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang beriman. PTD juga berharap seluruh rakyat Malaysia terus mendoakan agar anggota yang masih hilang iaitu Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi akan segera ditemui dalam keadaan selamat,” ujarnya.

TDM mengesahkan berita kehilangan dua anggotanya semasa melakukan rondaan dalam operasi di Banding, Perak. Kejadian berlaku pada 30 November sekitar jam 8 pagi di mana satu laporan telah diterima memaklumkan bahawa terdapat sembilan anggota dipercayai telah dibawa arus dalam kejadian kepala air semasa melaksanakan rondaan berhampiran Sungai Merah di Permatang sempadan Malaysia-Thailand dalam Operasi KOTA, ECHO, FOXTROT Siri 6/2024 di Banding, Perak.

Dalam kejadian tersebut dua anggota didapati hilang iaitu Lans Korperal Mohd Afandi Jahwin, merupakan anggota dari pasukan 21 Komando, Kem Sungai Udang, Melaka dan Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi, adalah anggota dari pasukan 22 Komando, Kem Iskandar Mersing, manakala tujuh lagi anggota telah ditemukan selamat sekitar jam 12.30 tengah hari pada hari yang sama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan