Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan akan memberi fokus menambah baik kemudahan sedia ada di Sarawak menjelang penganjuran Sukan SEA 2024 di wilayah berkenaan. Foto fail, Nadhim (TVS).

Dewan Rakyat: Tiada stadium baharu untuk Sukan SEA 2027, fokus tambah baik fasiliti sedia ada

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA LUMPUR, 4 Dis : Kerajaan tidak merancang untuk membina stadium atau fasiliti sukan baharu bagi penganjuran Sukan SEA 2027 yang akan berlangsung di Malaysia.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli berkata perkara yang akan diberi tumpuan ialah penambahbaikan fasiliti sedia ada bagi memastikan kelancaran temasya berkenaan.

“Kemudahan sukan yang sedia ada akan dinaik taraf berdasarkan keperluan,” katanya pada Pertanyaan- Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Roy Angau Gingkoi (Gabungan Parti Sarawak- Lubok Antu) yang ingin tahu sama ada Kementerian Belia dan Sukan bercadang untuk menambah baik stadium dan fasiliti sukan serta membangunkan perkampungan atlet di seluruh Sarawak bagi memastikan penganjuran Sukan SEA 2027 di wilayah itu berjalan lancar.

Sementara itu tambah Adam Adli, perancangan terperinci melibatkan kerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri akan dilakukan selepas penubuhan Jawatankuasa Pengelola dan Sekretariat Sukan SEA 2027.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 38 hingga 44 jenis sukan dijangka dipertandingkan dengan pemilihan acara sukan dilakukan secara teliti bersama persatuan-persatuan sukan yang berkaitan.

Dewan Rakyat: RM883.7 juta diluluskan untuk pembangunan infrastruktur di sempadan Sarawak – Kalimantan

Tambahnya pemilihan acara akan mengambil kira sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik.

“Selain fokus kepada fasiliti, pembangunan atlet juga diberi perhatian, dengan kerajaan menyediakan infrastruktur dan ekosistem yang kondusif untuk memastikan pencapaian cemerlang di peringkat serantau.

“Kerjasama erat antara pelbagai pihak, termasuk kerajaan negeri dan persatuan sukan, penting untuk memastikan persediaan Sukan SEA 2027 berjalan lancar,” tambahnya lagi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan