Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemimpin agung masyarakat Kadazandusun dan Murut (Huguan Siou), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, menyeru masyarakat Sabah agar memelihara warisan budaya dan memastikan ia terus diwariskan kepada generasi muda. Foto TVS

Belia Sabah diseru pelihara warisan dan budaya, perkasa ekonomi

KOTA KINABALU, 4 Dis: Rakyat Sabah diseru agar memelihara warisan budaya serta berusaha memastikan ia terus segar dalam kalangan generasi muda.

Perkara itu ditekankan pemimpin masyarakat Kadazandusun dan Murut (Huguan Siou), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ketika berucap di Festival Kebudayaan Koisaan anjuran Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini, pada Rabu.

Tegasnya kepentingan budaya bukan sahaja sebagai identiti tetapi juga sebagai asas pembentukan peribadi dan pembangunan ekonomi.

“Kita semua mencintai budaya, terutama apabila kita diajar dan ditunjukkan keindahan serta makna budaya itu sendiri. Budaya kita kaya dengan keindahan. Sesuatu yang baik dan indah tidak boleh diabaikan. Kita perlu terus menyampaikan pengetahuan ini kepada generasi muda dan masa depan, kerana apa yang baik perlu dipelihara dan apa yang indah mesti terus dihargai,” katanya.

Pairin turut menekankan peranan penting rumah sebagai tempat pendidikan awal bagi kanak-kanak, dan kepentingan menjaga identiti budaya di tengah-tengah perubahan zaman.

“Rumah adalah tempat kita mula mendidik anak-anak. Segala ilmu, seni, budaya, dan latar belakang kita perlu disampaikan kepada mereka. Jika tidak, mereka mungkin kehilangan arah. Seperti di hutan, tanpa panduan, kita akan sesat. Begitu juga dengan budaya—tanpa pendidikan, ia boleh hilang begitu sahaja,” jelasnya.

Pada masa sama, Pairin menyifatkn acara hari ini sebagai platform penting dalam menonjolkan perpaduan masyarakat KadazanDusun Murut sambil meraikan warisan budaya mereka.

Di samping itu kata Pairin memaparkan pencapaian sejarah masyarakat terbabit, memperingati cabaran yang telah dihadapi, serta memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan dan sosioekonomi.

Dalam masa itu, Pairin memuji usaha KDCA yang memanfaatkan festival budaya dan program pendidikan untuk memastikan seni dan tradisi terus berkembang.

Katanya, melalui pendidikan di sekolah dan program pertukaran pelajar anjuran KDCA, pelajar bukan sahaja belajar tentang subjek akademik tetapi juga mendalami seni dan budaya komuniti Kadazandusun Murut.

Ini membantu mereka membangunkan pengetahuan, kemahiran, dan minat terhadap budaya.

Selain itu, beliau menekankan nilai budaya sebagai pemangkin kemajuan ekonomi.

Katanya, memelihara dan memperkenalkan budaya Kadazandusun Murut bukan sahaja memperkayakan budaya kehidupan penduduk di Sabah, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi. seni dan budaya negeri tersebut, terutamanya melalui sektor pelancongan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan