Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Kerajaan Belanda Ke Malaysia TYT Jacques Louis Werner, di Pejabat Premier Sarawak, Tingkat 22 Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya, Kuching. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Belanda tawar bantu pengurusan teknologi air Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 4 DIS: Kerajaan Belanda komited memperkukuh kerjasama dengan Sarawak dalam pelaksanaan projek-projek strategik yang menyokong pembangunan mampan dan inovasi.

Duta Belanda ke Malaysia,  Jacques Werner berkata kedua-dua pihak akan mengeksplorasi peluang dalam pengurusan air dan tanah yang mampan, berikutan Belanda mempunyai pengalaman yang luas dalam teknologi pengurusan air, serta pemuliharaan alam sekitar.

“Kami berbincang mengenai masalah pengurusan air, di mana Belanda mempunyai reputasi yang baik dalam pengurusan air dan teknologi air. Kemudiannya kami turut berbincangan mengenai usaha pencegahan banjir dan tebatan banjir serta pengurusan untuk membersihkan air bagi kegunaan minuman.

“Jadi, saya sedia menawarkan sokongan dan bantuan dan saya percaya bahawa kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan syarikat di sini untuk melihat apa yang boleh kami lakukan bersama dan mengimplementasikan beberapa rancangan yang ada di sini, terutamanya di Sibu yang merupakan contoh utama dalam bidang teknologi air ,” kata Jacques ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Kata Jacques lagi kerajaan Belanda turut menegaskan bahawa kerjasama ini bukan hanya terhad kepada projek jangka pendek, tetapi bertujuan untuk mewujudkan hubungan jangka panjang yang saling menguntungkan antara kedua-dua negara.

Tambahnya dengan kerjasama ini Sarawak dijangka dapat mempercepatkan transformasinya menuju wilayah yang lebih hijau, maju, dan berdaya saing.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan