Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Disember dan Sambutan Hari Inovasi KKDW di sini, hari ini. Foto KKDW

Bantuan Pascabanjir: Tabung Derma Kilat ditubuhkan, ringan beban mangsa

ByEekbal Yusuf

PUTRAJAYA, 4 Dis: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melancarkan Tabung Derma Kilat Bantuan Banjir sebagai usaha untuk meringankan beban penduduk terjejas.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, penubuhannya bertujuan untuk menyediakan sumbangan kewangan serta keperluan harian mangsa bencana banjir di seluruh negara.

Tambahnya, kementerian turut menubuhkan Skuad Ihsan MADANI bagi memberi tumpuan kepada usaha pemulihan pascabanjir.

“Marilah kita tubuhkan Skuad Ihsan MADANI secara menyeluruh di peringkat kementerian, agensi, dan anak-anak syarikat untuk memberi tumpuan kepada usaha pasca banjir dalam membantu keluarga penduduk yang terjejas,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Disember dan Sambutan Hari Inovasi KKDW di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, katanya, KKDW juga akan menyediakan rumah baharu serta membaik pulih kediaman yang terjejas akibat bencana itu di kawasan desa.

Sementara itu, beliau berkata kesiapsiagaan bagi menghadapi banjir gelombang kedua yang dijangka bermula 8 hingga 14 Dis ini telah dilaksanakan semua agensi di pelbagai peringkat.

“Kesiapsiagaan perlu kita buat awal bagi mengelak kejadian tidak diingini,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan