IJAKARTA, 4 Dis: Dua dilaporkan terkorban dalam banjir kilat yang melanda wilayah Sukabumi, Jawa Barat susulan hujan lebat sejak pagi Rabu.
Menurut Ketua Operasi Pejabat SAR Sukabumi Suryo Adianto, pasukan itu kini sedang menjalankan operasi memindahkan mangsa yang terjejas akibat banjir akibat limpahan sungai sekali gus menenggelamkan kediaman mereka.
“Hujan lebat yang berlaku memberi kesan teruk apabila banjir kilat berlaku dan melimpahi kediaman penduduk di situ,” katanya.
Pada masa ini, pihaknya masih memberi tumpuan untuk memindahkan mangsa ke tempat selamat dibantu tentera dan polis disana.
Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Sukabumi bersama agensi terbabit turut mengambil pelbagai langkah pengendalian termasuk penyelarasan, pengumpulan data kesan kerosakan, dan penilaian di lokasi terjejas.
Pusat pemindahan di beberapa titik kritikal turut disediakan bagi memastikan keselamatan penduduk dan amaran keadaan cuaca ekstrem turut dikeluarkan bagi menjangka kemungkinan bencana seterusnya.
Banjir kilat yang berlaku turut mencetus tanah runtuh di beberapa wilayah dan memutuskan laluan jalan ke Sukabumi.
Sehingga kini tidak ada angka pasti jumlah mangsa yang terjejas atau jumlah mangsa yang hilang akibat banjir dilaporkan.