Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AC Milan menang bergaya 6-1 ketika bertemu pendahulu Serie B Sassuolo di San Siro pada Selasa untuk mara ke suku akhir Piala Itali. Foto fail AFP

AC Milan berpesta gol di San Siro

MILAN, ITALI 4 Dis: Samuel Chukwueze menjaringkan dua gol buat AC Milan dalam kemenangan bergaya 6-1 ketika bertemu pendahulu Serie B Sassuolo di San Siro pada Selasa untuk mara ke suku akhir Piala Itali.

Milan kini tidak tewas dalam tujuh perlawanan dalam semua perlawanan selepas permulaan yang tidak konsisten di bawah jurulatih baharu Paulo Fonseca.

Juara Eropah tujuh kali itu berharap untuk memenangi Piala Itali itu dengan kali pertama adalah pada 2003.

“Ia adalah persembahan yang sangat baik, separuh masa pertama sangat hebat dan turut membantu saya merehatkan beberapa pemain.

“Saya hanya ada perkara positif untuk diperkatakan, memandangkan kami mengambilnya dengan sangat serius, saya sangat berpuas hati dengan sikap pemain.” kata Fonseca.

Chukwueze meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-12 selepas percubaan awalnya tersasar dari tiang.

Lima minit berselang Milan menggandakan kelebihan mereka melalui jaringan bintang Belanda, Tijjani Reijnders.

Sassuolo kemudian dilihat tidak berdaya untuk menghentikan gelombang serangan Milan dan pasukan Fonseca menjaringkan gol ketiga melalui rembatan Chukwueze pada minit ke-21.
Keghairahan memburu gol diteruskan hanya dua minit kemudian apabila Rafael Leao berjaya menggelecek beberapa pemain lawan sebelum menyumbat gol keempat Milan.

Bersambung babak kedua Milan sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-56 hasil jaringan Davide Calabria yang merekodkan gol pertamanya musim ini.

Samuele Mulattieri meraih saguhati untuk Sassuolo tidak lama selepas itu, tetapi Tammy Abraham menjaringkan gol keempatnya sejak menyertai Milan secara pinjaman dari Roma dengan penyudah tumit belakang yang sangat baik pada minit ke-61.

Tammy Abraham untuk melengkapkan dua gol pertamanya sejak menjaringkan dua gol untuk Villarreal menentang Real Madrid pada April 2023.

Terdahulu, satu lagi pasukan Serie A Bologna mara ke peringkat lapan terakhir untuk musim kedua berturut-turut dengan menewaskan Monza 4-0.

Pemenang dua kali itu menguasai perlawanan peringkat 16 terakhir dengan dua gol dalam tempoh tiga minit separuh masa pertama menerusi Tommaso Pobega dan Riccardo Orsolini.

Keputusan itu menyaksikan Monza yang bergelut di zon penyingkiran Serie A musim ini terpaksa berputih mata untuk mara ke suku akhir pertamanya dalam tempoh 54 tahun.

Berita Berkaitan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan