Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi diingatkan supaya sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin. Foto IPD Marudi

Warga IPD Marudi diingatkan laksana tugas sebaik mungkin

MARUDI, 3 Dis: Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi diingatkan supaya sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin.

Peringatan itu disampaikan Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Nor Aizan Mohd Jamil ketika Perhimpunan Bulanan yang diadakan di pekarangan IPD Marudi hari ini.

Perhimpunan tersebut dihadiri barisan Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP), Pegawai Awam Polis (PAP) dan ahli-ahli PERKEP IPD Marudi.

Pada Perhimpunan tersebut, KPD Marudi telah menganugerahkan sijil-sijil penghargaan kepada dua orang PKP, 21 orang PRP, tiga orang PA dan lima orang ahli PERKEP yang menunjukkan kecemerlangan dalam menjalankan tugas dan sumbangan diberikan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan