Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan agar budaya penderaan yang dilaporkan berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihentikan serta-merta. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Sultan Ibrahim titah budaya penderaan di UPNM perlu dinoktahkan serta merta

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan agar budaya penderaan yang dilaporkan berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihentikan serta-merta.

Sultan Ibrahim bertitah, semua pihak perlu memainkan peranan untuk menoktahkan isu yang melanda universiti itu sejak 2017 dan berusaha mengembalikan nama baik UPNM.

“Jika ia terus berlaku, beta tidak mahu nama beta dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah.

“Saya percaya, ibu bapa menghantar anak mereka ke sini untuk belajar menjadi seorang pegawai tentera dan bukannya untuk didera.

Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian pada Istiadat Pemasyhuran Seri Paduka Baginda sebagai Canselor UPNM dan Konvokesyen ke-14, hari ini

Seri Paduka Baginda dalam titah sulung selaku Canselor UPNM mengakui, bagi melahirkan seorang pegawai tentera, ia memerlukan latihan fizikal dan mental yang keras, tetapi menegaskan ia tidak sepatutnya sampai pada tahap penderaan yang mengakibatkan kecederaan dan kematian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan