Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Rusia, Vladimir Putin. Foto AFP

Rusia tangguhkan World Friendship Games

ByBernama

MOSCOW, 3 Dis: Rusia menangguhkan penganjuran World Friendship Games, saingan kepada Olimpik, tanpa menetapkan tempoh baharu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Presiden Vladimir Putin menandatangani dekri pada Isnin yang menyatakan bahawa temasya itu tidak boleh diteruskan selagi atlet dan persatuan sukan tidak mempunyai akses bebas ke pertandingan antarabangsa.

Namun, penganalisis berpendapat alasan sebenar penangguhan adalah kekurangan dana.

Moscow pada asalnya merancang menganjurkan temasya berkenaan pada September di Yekaterinburg sebagai pengganti bagi atlet Rusia yang tidak dibenarkan bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 akibat operasi ketenteraannya di Ukraine.

Hanya kira-kira sedozen atlet Rusia dibenarkan bertanding di Perancis di bawah bendera neutral.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengkritik temasya saingan anjuran Rusia itu dan menyeru anggota persekutuan mereka untuk tidak mengambil bahagian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan