Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi telah merasmikan Program Pelan Strategik MINDEF Sempena Anjuran Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) dan Agensi Kerajaan Sarawak di Sekolah Kebangsaan (SK) Biawak, Lundu. .Foto ATM

Program Pelan Strategik MINDEF di SK Biawak

LUNDU, 3 Dis: Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi telah merasmikan Program Pelan Strategik MINDEF Sempena Anjuran Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) dan Agensi Kerajaan Sarawak di Sekolah Kebangsaan (SK) Biawak, di sini.

Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) dalam kenyataan berkata, selain melestarikan Program Pelan Strategik MINDEF, program yang telah berjaya menarik lebih 1,000 orang pengunjung ini juga menyasarkan objektif memperkasakan peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap masyarakat tempatan berteraskan pendidikan keagamaan dan khidmat komuniti, memperluas sinergi mahabbah antara ATM dengan komuniti setempat dan seterusnya membina persepsi positif kepada ATM dengan menjalinkan hubungan baik bersama komuniti setempat.

“Berteraskan kepada kerjasama awam dengan tentera, program ini juga mempersembahkan demonstrasi keupayaan TDM menerusi persembahan Tempur Tanpa Senjata (TTS), Persembahan Tambor, Pameran Senjata, Promosi Pengambilan Askar Wataniah (AW), Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian secara percuma, senamrobik bersama para pengunjung dan acara sukaneka.

“Usaha ini merupakan terjemahan kepada aspirasi Kertas Putih Pertahanan (KPP) dan Pelan Strategik MINDEF (PSM) 2021 – 2025 yang menggariskan bahawa keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama melibatkan semua lapisan masyarakat dan agensi kerajaan berteraskan kepada konsep Whole of Government Whole of Society (WOGOS),” katanya.

Menurutnya kenyataan itu lagi, penganjuran ini dirancang bukan sahaja untuk memperkukuhkan hubungan antara pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan komuniti awam, malah menjadi platform untuk berkongsi ilmu, mempamerkan inovasi pertahanan serta menggalakkan penyertaan aktif masyarakat dalam agenda keselamatan negara.

“Sekalung penghargaan juga diberikan kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Negeri Sarawak, Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Majlis Islam Sarawak dan Sarahill Sdn Bhd yang telah memberikan tajaan bersama dalam program ini.

“Acara ini menjadi manifestasi komitmen serta usaha bersepadu antara pihak Kerajaan  Sarawak, agensi pertahanan, agensi persekutuan atau negeri dan masyarakat dalam memupuk semangat kebersamaan, kerjasama awam-tentera dan integrasi yang padu demi kesejahteraan dan keselamatan negara,” ujarnya. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found