Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kelantan mengadakan Program Jualan Rahmah Madani bagi meringankan beban mangsa yang terkesan akibat banjir di tujuh lokasi di negeri itu bermula semalam. Foto KPDN Kelantan (FB)

Program Jualan Rahmah Madani di kawasan banjir di Kelantan

ByBernama

KOTA BHARU, 3 Dis: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kelantan mengadakan Program Jualan Rahmah Madani bagi meringankan beban mangsa yang terkesan akibat banjir di tujuh lokasi di negeri itu bermula semalam.

Tujuh lokasi berkenaan ialah daerah Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai, Machang, Rantau Panjang dan Bachok.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata program jualan itu bertujuan menyediakan barangan keperluan asas pada harga subsidi 10 hingga 30 peratus kepada penduduk yang terkesan oleh bencana banjir, selain memastikan bekalan barangan mencukupi dan dapat diakses orang ramai.

“Program ini juga bertujuan mengekang sebarang kenaikan harga yang mungkin berlaku akibat peningkatan permintaan dan cabaran bekalan di kawasan banjir serta memastikan tiada lonjakan harga yang membebankan rakyat ketika musim tengkujuh ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan MADANI bagi memastikan rakyat mendapat bantuan segera dalam menghadapi situasi sukar ini.

Azman berkata KPDN Kelantan turut mengadakan lawatan ke kawasan terkesan banjir bagi memastikan premis, peruncit serta pemborong mempunyai bekalan yang mencukupi.

Beliau berkata selain itu, sebanyak 93 lokasi bagi Program Jualan Rahmah bergerak diadakan sepanjang Disember ini bagi meringankan beban mangsa banjir.
“Program ini menawarkan diskaun 30 peratus untuk barangan seperti beras, minyak masak, gula, tepung, dan keperluan asas lain,” katanya.

Katanya KPDN sebelum ini turut melantik sebanyak 133 pemborong dan peruncit sebagai langkah memastikan bekalan makanan asas mencukupi ketika banjir, dengan kuota stok bekalan setiap pemborong dan peruncit sebanyak 30 peratus.

“Sebanyak 15 stesen minyak turut dilantik dan kebanyakan pemborong serta peruncit sudah dikenal pasti berada di kawasan bebas banjir,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan