Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki tempatan berusia 30-an kerugian sebanyak RM43,351 selepas terpedaya dengan tawaran kerja dalam talian yang menjanjikan komisen lumayan. Foto hiasan Envato

Peluang kerja jadi perangkap, lelaki kerugian RM43,351

SIBU, 3 Dis: Seorang lelaki tempatan berusia 30-an kerugian sebanyak RM43,351 selepas terpedaya dengan tawaran kerja dalam talian yang menjanjikan komisen lumayan.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, kes itu melibatkan mangsa yang diperdaya oleh seorang wanita menggunakan nama ‘Lau Sze Ya’ yang pada mulanya berhubung melalui aplikasi Messenger Facebook pada 27 November lalu.

“Mangsa pada awalnya berminat untuk membeli barangan daripada suspek, tetapi kemudian ditawarkan pekerjaan dengan pulangan komisen yang lumayan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek memperdayakan mangsa dengan memberikan tugas mudah seperti menekan pautan YouTube, memberikan tanda ‘like’, dan menghantar pautan kepada individu lain, sebagai ganjaran mangsa menerima komisen sebanyak RM190.

Namun, tugas seterusnya menjadi perangkap apabila mangsa diarahkan membuat pembayaran dengan alasan kesilapan teknikal.

Zulkipli berkata, mangsa akhirnya membuat tujuh transaksi pemindahan wang ke dalam dua akaun bank tempatan berjumlah RM43,351 pada 1 dan 2 Disember.

“Mangsa hanya menyedari dia telah ditipu selepas diminta membuat pembayaran tambahan sebanyak RM20,894, tetapi gagal kerana kehabisan wang simpanan,” jelas beliau.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran kerja yang mencurigakan, terutama yang melibatkan transaksi wang.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan